Maklumat Diploma in Customer Service Management (WBL)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Kolej Komuniti Berterusan . Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semesterTempoh setiap semester adalah 4 bulan.

 

Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA
  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara atau
  • LULUS Sijil Kolej Komuniti Berterusan (SKK) dalam program berikut: 
    • Sijil Apliksi Perisian Komputer;
    • Sijil Teknologi Maklumat;
    • Sijil Pelancongan dan Pengembaraan;
    • Sijil Akauntasi;
    • Sijil Pengoperasian Perniagaan;
    • Sijil Operasi Perhotelan

Tempoh Pengajian:

  • 24 bulan

 

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah selama 24 bulan