Maklumat Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masaPelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship (MODUL 5*) - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

Kursus Tawaran di bawah SKK (M)

  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Pengoperasian Perniagaan
  • Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara 

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;

Tempoh Pengajian:

  • 20 bulan

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian minimum 20 bulan. Perlaksanaan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.